Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Hadiah utama milik Ruby Foo Yu Shan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Ruby Foo Yu Shan tidak menyangka bahawa namanya dipilih untuk membawa pulang hadiah utama berupa sebuah telefon bimbit, iPhone SE bagi Peraduan Reactivate Your Energy semasa penyampaian hadiah pemenang peraduan yang berlangsung di The Core, Universiti Brunei Darussalam, hari ini.

    Sementara itu, hadiah kedua berupa, televisyen TCL 55 inci 4K UHD dimenangi oleh Awang Muhammad Nazri Haji Nasib, hadiah ketiga berupa Xiaomi Pad 5 dimenangi oleh Awang M.Mohamed Azhraff Ali, hadiah keempat berupa Samsung Galaxy Watch 4 dimenangi oleh Dayang Tirahmad binti Haji Ahmed dan hadiah kelima berupa Xiaomi Mi 12 Lite dimenangi oleh Dayang Siti Nur’aqilah binti Haji Abu Hanafiah.

    Hadiah utama bagi peraduan berkenaan telah disampaikan oleh Pengarah Jualan Malar Setia, Eric Lim. Sementara itu, lima orang pemenang bertuah lagi membawa pulang hadiah istimewa di mana ia disampaikan oleh Pengarah Komunikasi Pemasaran MixMedia, Ana Dzulkefdi dan lima orang pemenang lagi membawa pulang hadiah sagu hati yang disampaikan oleh Pengurus Pemasaran dan Acara UBD Corp, Awang Hazrin Hassan.

    Ruby Foo meluahkan perasaan gembira kerana tidak menyangka akan menjadi pemenang bertuah untuk membawa pulang hadiah iphone SE. Beliau juga merupakan antara pemenang yang paling awal hadir di majlis penyampaian hadiah berkenaan dan penantian bagi cabutan untuk menentukan pemenang bagi peraduan itu, baginya adalah amat berbaloi sekali, apabila namanya merupakan yang terakhir diumumkan dan memenangi hadiah utama peraduan.

    Peraduan itu dianjurkan oleh Red Bull Brunei sebagai usaha untuk menggalakkan orang ramai kembali kepada kehidupan lebih aktif dalam norma baharu selepas pandemik COVID.

    Eric Lim menyampaikan hadiah ke-pada pemenang utama Ruby Foo semasa majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...