Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Hadiah utama PGA Wanita digandakan

    WASHINGTON, 22 JUN – Juara bertahan, Nelly Korda dan pesaing dekatnya akan berusaha merebut hadiah utama berjumlah AS$9 juta di Kejohanan PGA Wanita KPMG selepas penganjur pertandingan mengumumkan bahawa hadiah utama tersebut telah digandakan, kelmarin.

    Kejohanan utama wanita ketiga yang diadakan tahun ini di Congressional Country Club di Bethesda, Maryland pada Khamis ini, Korda akan berusaha untuk mengulang kembali kejayaannya memenangi PGA Wanita 2021.

    Kejayaan mempertahankan gelaran juaranya akan menyaksikan Korda berjaya membawa pulang cek berjumlah AS$1.35 juta selepas ia digandakan dalam hadiah utama berupa wang diumumkan oleh penganjur sebelum pertandingan tersebut dimulakan.

    Presiden PGA Amerika Syarikat, Jim Richerson berkata keputusan untuk menggandakan hadiah utama dari AS$4.5 juta kepada AS$9 juta adalah hasil daripada sokongan yang diterima oleh penaja KPMG dan bertujuan untuk mempertingkatkan kemajuan dalam sukan golf wanita.

    “Kami benar-benar ingin memastikan kami menggunakan acara ini untuk mempamerkan pemain terbaik wanita dalam sukan golf dan untuk menjayakan acara itu dengan adanya hadiah utama yang besar,” kata Richerson.

    Aksi Nelly Korda membuat pukulan dari bunker pada lubang ke-13 semasa pusingan akhir di kejohanan Klasik LPGA di Blythefield Country, baru-baru ini. – AFP

    “Kami melihat ia telah membangunkan komitmen para pemain setelah pengumuman itu dibuat hari ini,” katanya lagi.

    Peningkatan dalam hadiah utama tersebut adalah sebahagian daripada perkembangan golf wanita, di mana hadiah wang sepanjang lima kejohanan utama meningkat semenjak dekad yang lalu.

    Dengan kemajuan yang dilihat dalam PGA Wanita, hadiah wang untuk lima kejohanan utama kini berada pada jumlah AS$37.3 juta, berbanding dengan AS$13.75 juta untuk acara yang sama pada 2012.

    Sementara itu, berita mengenai peningkatan jumlah hadiah utama tersebar di seluruh Congressional kelmarin selepas para pemain diberitahu mengenai langkah tersebut.

    Walau bagaimanapun, kejohanan utama pada minggu ini akan memberi peluang kepada Korda untuk melupakan mengenai penyakit yang dialaminya setelah mendapati pembekuan darah pada lengan kirinya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...