Saturday, December 7, 2024
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hafal lagu Iklim, idolakan arwah Saleem sejak sekolah

    Vokalis Kumpulan Setia Band, Charly Van Houten, pernah berhasrat berduet bersama penyanyi Allahyarham Saleem, bagaimanapun impian tak kesampaian, lapor BH Online.

    Charlie berkata, dia sudah lama mengidolakan vokalis Iklim itu sejak di bangku sekolah, malah mampu menghafal kebanyakan lagu nyanyiannya.

    “Saya salah seorang peminat arwah Saleem. Beliau juga adalah idola saya. Bagi saya, tidak ada penyanyi memiliki karisma seperti arwah Saleem di Malaysia.

    “Kedua, saya banyak belajar daripada karya arwah. Saya boleh menghafal kebanyakan lagu Iklim.

    “Malah, Iklim pernah menjadi band pembukaan Konsert ST12 pada 2007, tetapi saya tak berkesempatan bertemu arwah.

    “Pastinya timbul rasa kecewa tidak dapat berduet bersama arwah. Lagu nyanyiannya kini masih dihargai,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media Konsert Harmony Setia, kelmarin.

    Menurut Charly, dia pernah merakamkan semula lagu Bukan Ku Tak Sudi dan akan mempertimbangkan untuk merakamkan kembali lagu-lagu Saleem.

    “Banyak lagunya sedap di dengar seperti Suci Dalam Debu, Seribu Kali Sayang dan banyak lagi.

    “Lagunya memang layak dijadikan lagu saduran,” katanya. – Agensi

    Charly menjadikan Allahyarham Saleem sebagai idola sejak di bangku sekolah, malah mampu menghafal kebanyakan lagu nyanyiannya. – Utusan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda