Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    ‘Hafidz cepat sembuh, perbetul silap’

    Aktor sensasi, Sharnaaz Ahmad memberi pesanan ekoran konflik rumah tangga dihadapi pelakon Hafidz Roshdi bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada.

    Sharnaaz menerusi hantaran dalam Instagram (IG) Story miliknya mendoakan agar Hafidz kekal tabah.

    “Nota buat Hafidz, Sahabat, dunia ini kadang-kadang pelik, Allah tengah uji awak dan keluarga.

    “Kuatkan diri awak dan isteri. Cepat-cepat sembuh dan kembali perbetulkan mana-mana yang longgar dan silap.

    “Awak boleh lalui ujian perit ini,” tulisnya.

    Sementara itu, Sharnaaz memberi pesanan kepada pengikutnya untuk tidak terus menghukum Hafidz atas kesilapan dilakukannya.

    “Seramai 2.1 juta pengikut saya ini, tolonglah jangan mencurah minyak pada api. Semoga dia kembali sihat dan isterinya kembali mencari kebahagiaan walau bukan bersama dia.

    “Cuba ambil sudut positif. Selama ini tak cukup negatif ke dalam harian kita?,” soalnya.

    Sebelum ini, Hafidz dikhabarkan dirawat di hospital bahagia atas dakwaan mempunyai penyakit bipolar.

    Konflik rumah tangga Hafidz dan bekas isterinya, Nurul Shuhada menjadi perhatian ramai selepas timbul gosip pelakon Melestik Ke Hatimu itu curang.

    Susulan itu, Hafidz pula disyaki telah menumbuk isterinya sebanyak tiga kali namun mengaku tidak bersalah di mahkamah. – Agensi

    Tidak menghukum kesilapan rakan, Sharnaaz Ahmad titip nota buat Hafidz Roshidi. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...