Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Hafidz Roshdi, Athirah rancang perkahwinan

    Pelakon Hafidz Roshdi memberitahu, dia bakal berkongsi mengenai status hubungan serta perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita dikenali sebagai Athira Yuhada.

    Hafidz atau nama sebenar Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, bagaimanapun berkata perkara itu hanya akan diumumkan selepas dia selesai prosiding penceraian dengan isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri.

    “Sekarang masih di bawah perbicaraan kes mahkamah, saya pun tak boleh nak cakap apa-apa lagi.

    “Pengakuan untuk dia (hubungan), saya akan buat selepas bercerai. Buat masa ini tiada komen! Itu di bawah perbincangan nantilah,” katanya pada mStar.

    Hafidz ditemui di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu, Selangor bagi prosiding pertuduhan mencederakan isterinya pada pagi Jumaat.

    Menjawab tuduhan warganet dia berperwatakan seperti orang kurang waras atau psiko, Hafidz berkata, dia memilih untuk tidak menghiraukan komen berkenaan.

    “Saya tak baca komen di media sosial dan saya tak ambil peduli langsung, minta maaf ya,” jelasnya. – Agensi

    Athirah, wanita yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan Hafidz. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...