Hafiz Hamidun damba terbitkan filem Islamik
KUALA LUMPUR – Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun berhasrat menerbitkan filem berkonsepkan Islamik, pada masa depan. Hafiz mengaku sedia berjinak-jinak dengan dunia filem, namun bukanlah pada masa terdekat ini. “Sesekali terlintas juga mahu menerbitkan filem Islamik. “Biarpun tidak pernah bergiat secara langsung dalam filem, saya sering menimba pengalaman menerbitkan skor muzik di layar perak,” katanya.


































