Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haftar undur tentera sempena Aidilfitri

    KAHERAH, 20 MEI – Angkatan Tentera pimpinan Khalifa Haftar memutuskan untuk mengundurkan pasukannya dua hingga tiga kilometer dari ibu kota Tripoli sempena
    Aidilfitri, lapor agensi berita Sputnik. 

    Menurut kenyataan jurucakap tentera itu, Mejar Jeneral Ahmad al-Mismari, yang dimuat naik di laman Facebooknya, keputusan diambil berikutan bermulanya cuti Aidilfitri.

    “Ia bertujuan memberi ruang kepada penduduk di daerah Tripoli untuk meraikan
    Hari Raya,” kata kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda