Hagi inspirasi kemenangan Rangers

PARIS, 21 FEB – Ianis Hagi menunjukkan persembahan yang luar biasa di kejohanan Liga Europa, malam kelmarin, berjaya memberikan inspirasi buat Rangers setelah bangkit daripada ketinggalan gol.

Di Glasgow, Braga banyak menguasai perlawanan dalam jam pertama perlawanan dan berjaya menjaringkan gol menerusi ketua pasukan Fransergio dan Abel Ruiz.

Hagi menjadi tonggak utama dalam kebangkitan Rangers dan pada minit ke-67, dia membuat larian ke dalam dari sebelah kanan padang dan terus membuat sepakan melepasi gawang.

Bapa Hagi, Gheorghe merupakan pemenang Piala UEFA, yang kini bertukar nama kepada Liga Europa.

Bersama pasukan Galatasaray pada tahun 2000, dia turut meraikan gol anaknya itu dari tempat penonton.

Reaksi pemain Rangers, Ianis Hagi ketika meraikan gol ketika Rangers menewaskan Braga 3-2 di saingan Piala Liga Europa, malam Khamis di Stadium Ibrox.

Joe Aribo kemudiannya menyamakan kedudukan buat Rangers menjadi 2-2, setelah berjaya melepaskan diri dari pertahanan Braga yang padat dan kemudiannya membuat penyudah dengan tenang melepasi penjaga gawang Braga.

Dengan baki perlawanan lapan minit, Rangers diberikan sepakan percuma dan Hagi diberikan tugas untuk menyempurnakan sepakan tersebut.

Tendangan beliau terkena benteng pertahanan tetapi bola melantun di bahagian sudut gawang melepasi penjaga gawang Braga, Matheus.

Rangers berjaya bangkit dari ketinggalan 2-0, dan berjaya menjaringkan tiga gol dalam tempoh 15 minit.

Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan buat Rangers 3-2.

Perlawanan timbal balik Piala Europa pusingan kedua kelompok 32 di antara Rangers dan Braga akan berlangsung pada 27 Februari depan di Estadio Municipal de Braga.

Keputusan lain saingan Liga Europa menyaksikan Arsenal menang tipis 1-0 menentang Olimpiakos. Wolverhampton Wanderers menang selesa 4-0 ke atas RCD Espanyol manakala Ajax, dikejutkan dengan kekalahan 2-0 oleh Getefe. Pasukan Itali, Roma, menang tipis ke atas Gent dengan jaringan 1-0 dan Inter Milan menewaskan Ludogorets Razgard 2-0 . – AFP