Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hagy pamer aksi cemerlang di PGA AS

    LOS ANGELES, 22 JAN – Pemain Amerika Syarikat (AS), Brandon Hagy mencatatkan pencapaian terbaik dalam kariernya selepas melakukan pukulan 10 birdie untuk lapan di bawah par 64 kelmarin seterusnya mendahului pusingan pembukaan kejohanan American Express Jelajah PGA AS.

    Hagy yang menduduki ranking ke-398 dunia, memburu kejuaraan pertama Jelajah PGA selepas lima daripada enam kejohanan pertamanya, di mana beliau kini mengatasi pemain dari Korea Selatan, An Byeong Hun.

    Sementara itu, pemain Scotland, Martin Laird, pemain AS, Max Coma dan juara Players Championship 2017, Kim Si Woo, masing-masing mengumpul 66 pukulan.

    “Saya bekerja keras mempersiapkan diri beberapa minggu lalu. Menumpukan sepenuhnya yang menghasilkan birdie dari jarak tiga hingga lima meter setiap hari. Disebabkan itulah saya mampu mencatat 10 birdie,” katanya.

    Hagy, 29, hanya dapat beraksi selepas pemain nombor dua dunia, Jon Rahm dari Sepanyol menarik diri dan dia menggunakan kesempatan itu dengan sebaiknya.

    Hagy bermula dengan melakukan pukulan bogey, namun berjaya memperbaikinya dengan enam birdie pada sembilan lubang pertama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda