Friday, March 31, 2023
27.2 C
Brunei

-

HaHa bakal menimang cahaya mata ketiga

PENYANYI HaHa mengumumkan isterinya, Byul kini sedang hamil anak ketiga pada usia kandungannya sudah mencecah 10 minggu. Menurut laporan Allkpop, HaHa memberitahu dia dan isteri perlu berhati-hati untuk berkongsi perkara itu memandangkan masih lagi baharu.

Katanya, mereka tidak pernah merancang untuk menimang anak ketiga namun meluahkan rasa gembira dengan kehadiran orang baharu.

“Kami kena berhati-hati nak dedah kehamilan ini sebab masih awal. Sejujurnya, kami tidak merancang untuk dapat anak ketiga. Tapi kami sangat gembira dengan anak damit ketiga yang bakal lahir ini. Sepanjang tahun ini saya sibuk dengan promosi tapi saya akan cuba yang terbaik menjaga Byul,” ujar HaHa.

Pasangan ini berkahwin pada 2013 selepas menjalinkan hubungan cinta selama setahun dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ha Dream dan Ha Soul. – Agensi

HaHa memaklumkan bahawa dia dan isteri masih perlu berhati-hati untuk berkongsi berita itu memandangkan ia masih terlalu awal. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -