Hailey Baldwin luah rasa sedih

Isteri kepada Justin Bieber, Hailey Baldwin menceritakan dengan lebih lanjut apabila dikatakan biadab ketika di sebuah restoran oleh pengguna TikTok. Melalui video di YouTube, model berusia 24 tahun menceritakannya kepada Dr Jessica Clemons mengenai apa yang dipelajari saat dirinya menjadi tular.

“Ketika saya melihat videonya, saya rasa sangat kesal. Tak pernah ada sebarang alasan untuk bersikap biadab. Saya merasa teruk kerana pengalamannya dengan saya,” jelas Hailey Baldwin. Hailey Baldwin turut menyatakan dia merasa kecewa kerana mereka tidak tahu apa yang dilalui oleh seseorang.

“Tetapi ia membuat saya agak kecewa kerana anda tidak tahu apa yang dilalui oleh seseorang. Saya masih ingat melalui masa-masa dalam hidup saya di mana saya sangat sedih, dan sangat patah hati,” tambah Hailey.

Hailey turut mengakui dirinya sebagai manusia yang sentiasa melakukan kesilapan.

“Saya berharap saya tidak bertindak sedemikian terhadapnya. Saya seorang manusia dan saya melakukan kesilapan dan saya bertindak dengan cara yang tidak saya mahukan. Saya berusaha untuk melakukan yang lebih baik setiap hari. Saya mahu terus membesar sebagai manusia. Saya terbuka kepada orang yang memperbetulkan saya,” kata Hailey. – Agensi

Hailey turut mengakui dirinya sebagai manusia yang sentiasa melakukan kesilapan. – Agensi