Hainan tawar 30,000 peluang pekerjaan

HAIKOU, CHINA, 2 APRIL – Wilayah kepulauan Hainan di selatan China akan menawarkan lebih 30,000 jawatan kepada bakat global untuk mempromosikan pembinaan pelabuhan perdagangan bebas, pihak berkuasa tempatan berkata pada satu sidang akhbar Selasa lalu.

Pembukaan peluang pekerjaan itu disediakan oleh kerajaan, sektor perkhidmatan awam, perusahaan milik negara dan perusahaan persendirian, dan melibatkan bidang-bidang termasuk industri perkhidmatan moden, pelancongan, dan industri berteknologi tinggi.

Terdapat sejumlah 1,717 jawatan kanan dengan gaji tahunan sebanyak 300,000 yuan (kira-kira AS$42,301) atau lebih dan 59 jawatan tinggi dengan gaji tahunan sekurang-kurangnya 1 juta yuan, terutamanya yang meliputi pendidikan, rawatan perubatan dan pelancongan. – Bernama