Hainan zon hijau 2030

BEIJING, 6 Mac – Pulau Hainan di selatan China akan menamatkan penjualan kereta bahan api fosil pada 2030, kata pegawai, sekali gus menjadi wilayah pertama mengumumkan tarikh akhir sasaran untuk peralihan daripada gas.

Beijing mengumumkan perancangan pada 2017 untuk menghalang kenderaan petrol di seluruh negara tetapi ia tidak menetapkan tarikh, memandangkan negara itu berhasrat untuk mengurangkan pencemaran dan kebergantungan terhadap minyak import.

Bermula pada 2030, penjualan bahan bakar fosil akan dilarang di Hainan, kata kerajaan wilayah pada Selasa, dengan para pegawai mengatakan mereka berhasrat untuk menyerang matlamat Presiden Xi Jinping untuk menjadikan pulau itu ‘zon uji ekologi bertamadun’.

Hainan yang dikenali sebagai Hawaii di China kerana resort dan pantai tropikanya, dijangka menjadi zon perdagangan bebas terbesar di negara ini.

Ia juga diharapkan dapat berfungsi sebagai kawasan ujian bagi beberapa dasar bercita-cita tinggi Beijing seperti memajukan industri berteknologi tinggi dan menarik dolar pelancong antarabangsa.

China kekal di barisan depan revolusi kereta elektrik dengan beratus-ratus pembuat kereta elektrik tempatan berkembang dan subsidi kerajaan yang mencukupi mendorong pengguna beralih kepada kenderaan tenaga baharu.

Kenderaan tenaga baharu termasuk kereta elektrik sepenuhnya serta hibrid plug-in dan kenderaan sel bahan api, kata kerajaan.

Hainan akan memulakan dasar penggantiannya dengan mengkehendaki kereta kerajaan, bas awam dan teksi untuk untuk bersara 100 peratus dan digantikan dengan kenderaan tenaga baharu sebelum dilaratkan kepada bas pelancong, kereta sewa dan trak ringan.

Kerajaan berkata kenderaan bahan bakar fosil swasta akan diharamkan bagi memastikan pengguna menggantikan kenderaan gas dengan kereta yang lebih hijau menjelang 2030. Ia juga meletakkan rancangan untuk membina pengecas elektrik yang lebih besar dan rangkaian pengisian sel bahan api. – AFP

Hainan akan menamatkan penjualan kereta bahan api fosil pada 2030 selepas Beijing mengumumkan perancangan pada 2017 untuk menghalang kenderaan petrol di seluruh negara. – AFP