Aksi berani pelakon, Hairul Azreen mencabut gigi susu anak sulungnya, Yusuf Iskandar mencuri perhatian ramai yang kagum dengan keberanian kanak-kanak berusia 6 tahun itu.
Menerusi video dimuat naik isterinya, Hanis Zalikha di Instagram memaparkan gelagat Yusof yang pada awalnya dilihat tenang dan bersedia giginya dicabut.
Namun reaksi Yusuf yang kelihatan terkejut dan kagum dengan bapanya yang berjaya mematahkan giginya dengan sekali percubaan membuatkan Hanis berasa bangga.
Menurut mStar, Hanis berkata, tanpa disedari anak sulungnya itu semakin membesar dan ini merupakan kali ketiga gigi Yusof tercabut.
“Dah gigi susu ketiga yang dicabut. Setiap kali giginya tercabut maksudnya anak lelaki saya semakin besar.
“Dan setiap itulah mommy sebak terkenang saat dia masih jalan terkedek-kedek, perut kedepan, semua sayuran yang dia makan, tidur nak bawah ketiak (yang ini masih lagi sama) dan rambut curly wirly,” katanya.
Dalam pada itu, Hanis turut berterima kasih kepada Hairul kerana berani mematahkan gigi anaknya.
“Saya sayang awak sangat. Terima kasih daddy selamba patahkan gigi itu,” kongsinya.
Menjengah ke ruang komen video itu, rata-rata pengikut dan rakan artis terasa ngeri melihat aksi berani aktor berkenaan mencabut sendiri gigi anaknya.
Bukan itu sahaja, tindakan Hairul juga mengimbau kembali zaman kanak-kanak mereka.
“Phew ngeri! Anak saya semua giginya tercabut sendiri.
“Comel Yusuf, gigi tercabut pun muka masih blur tak percaya. Tak macam anak saya macam-macam alasan dia bagi.
“Berani ayah Yusuf! Jimat duit ke klinik. Dulu-dulu pun selalu kena tipu dengan ayah kata nak tengok tapi kena cabut giginya,” antara komen warganet. – Agensi