Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Hairul Azreen kongsi cabaran jayakan The Assistant

    Pelakon berbakat, Hairul Azreen tampil membuat perkongsian bersama pengikutnya di media sosial terhadap cabaran ketika menjalani penggambaran filem di bawah arahan Adrian Teh, The Asisstant.

    Menerusi hantaran di Instagram, Hairul mengakui dirinya terasa sakit apabila harus ‘bina’ badan dan harus menjalani diet selama 5 bulan bagi menjayakan watak sebagai Feroz dalam filem tersebut.

    “Terus terang saya cakap, sakit apabila buat badan untuk filem, saya kena diet, saya kena fight dengan keadaan yang lapar. Saya kena tahan semua ni selama lima bulan sebab tiga bulan training dua bulan shooting,” kongsi Hairul

    Hairul turut menceritakan bahawa dia terpaksa menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram untuk menjalani penggambaran filem The Assistant.

    “Berat badan normal saya 74kg saya turunkan berat untuk watak Feroz sampai 64kg (cengkung pipi). Fuhh bila ingat balik gila la sangat penat. Bayangkan korang lapar tapi kena kerja, macam tu la perasaan saya, lapar tetapi kena berlakon,” jelasnya.

    Di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis tampil memberi sokongan buat Hairul malah ada yang berpendapat, pengorbanan dilakukan Hairul adalah berbaloi untuk menjayakan filem berkenaan.

    Di akhir hantarannya di Instagram, Hairul menyatakan bahawa perkongsiannya itu bukanlah untuk meminta simpati orang ramai namun siapa lagi yang akan menyokong filem tempatan jika bukan rakyat Malaysia sendiri. – Agensi

    Hairul turut menceritakan bahawa dia terpaksa menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram untuk menjalani penggambaran filem The Assistant. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...