Friday, January 3, 2025
33.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hairul Azreen terpaksa tahan sakit, otot lengan koyak

    Baru sembuh daripada kecederaan lutut, pelakon Hairul Azreen sekali lagi berdepan kecederaan apabila otot pada bahagian lengannya pula didapati terkoyak selepas dia kembali aktif bersenam.

    Kata Hairul atau Hairul Azreen Idris, 35, kesakitan itu mula dialami setiap kali melakukan aktiviti bersama anak-anak sehingga dia terpaksa membuat pemeriksaan lanjut di hospital.

    “Saya lama berehat selepas ligamen lutut saya putus. Bila dah kuat ini, saya mula bersenam dan main gim semula, pada masa yang sama saya pun banyak latih anak-anak.

    “Mestilah kita nak tunjuk macam mana cara nak buat setiap senaman kepada mereka.

    “Lama-kelamaan, tangan saya pula sakit untuk beberapa bulan. Selepas buat pemeriksaan doktor cakap otot saya mengecut dan tendon saya koyak,” katanya kepada mStar.

    Hairul mengalami kesakitan selepas kembali aktif bersenam. – TheActionElite

    Sebelum ini, Hairul berkongsi mengenai kecederaanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat.

    Dalam pada itu, Hairul memberitahu kecederaan yang dialami sedikit sebanyak mengehadkan pergerakan dan aktiviti hariannya.

    Justeru itu, dia terpaksa menjalani rawatan pengambilan darah atau Platelet Rich Plasma (PRP) untuk menyembuhkan bahagian otot yang berkenaan.

    “Saya kena buat rawatan PRP di mana mereka akan ambil darah saya dan masukkan semula darah pada bahagian koyak untuk sembuhkan.

    “Pada masa yang sama saya pun kena buat pemulihan juga,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda