Haiwan berkenalan dalam akuarium

TOKYO, 10 MEI – Sebuah akuarium di Jepun telah mengemukakan satu idea baharu untuk menghiburkan orang awam semasa penutupan sementara akibat wabak koronavirus – memperkenalkan spesies haiwan laut berlainan di dalam akuarium dan berkongsi keputusan dalam talian.

Sekumpulan lapan penguin di Yokohama Hakkeijma Sea Paradise berhampiran Tokyo sering berjalan di dalam akuarium dan sekarang ia mempunyai tempat persinggahan baharu – tangki yang mengandungi anjing laut yang tidak pernah ditemui oleh kumpulan penguin tersebut sebelum ini.

“Ia bukannya mengenali secara aktif, namun saya pasti haiwan itu berminat di antara satu sama lain,” beritahu jurucakap akuarium Naoya Goto kepada AFP.

“Ia benar-benar comel, maka kami memutuskan untuk membenarkan ia berjumpa, merakamnya dan berkongsi di media sosial,” kata beliau.

Muzium, zoo dan akuarium masih ditutup tatkala keadaan darurat dikenakan di Jepun sehingga akhir Mei.

Penguin di akuarium berjalan-jalan sehingga 20 minit – satu rutin yang ditetapkan walaupun sebelum pandemik – ia memerlukan lebih banyak senaman, kata Goto.

Haiwan itu juga perlu mengalami perubahan dari semasa ke semasa supaya ia ‘tidak rasa bosan,” tambah beliau.

Sea Paradise juga memperkenalkan seekor memerang kepada ikan paus beluga, dua haiwan paling popular mereka.

Penjaga akuarium Nagomi Sato berkata beliau menyiar video haiwan itu, ‘berharap mereka menawarkan penawar stres’ kepada haiwan yang terperangkap disebabkan virus. – AFP

Seekor penguin bertemu dengan seekor anjing laut di akuarium di Hakkeijima Sea Paradise, yang ditutup akibat pandemik COVID-19 di Yokohama. – AFP