Haiwan-haiwan tertua di AS

COLUMBUS, Ohio – Ia adalah ibu kepada tiga ekor anak dan mempunyai 31 ekor cucu dan cicit. Ia baru-baru ini menjalani pembedahan pembuangan tumor malignan, dan doktor mengatakannya yang ia berada dalam keadaan baik.

Ia adalah Colo, gorila paling lama hidup di Amerika Syarikat, dan ia baru sahaja berusia 60 tahun Khamis lalu di Zoo Columbus.

Colo adalah gorila pertama di dunia yang dilahirkan di zoo dan telah melepasi jangka hayat biasa gorila selama dua dekad. Umurnya yang panjang telah meletakkan perhatian pada rawatan perubatan, pemakanan dan teknik-teknik terapi terkini yang membantu memanjangkan kehidupan haiwan-haiwan di zoo.

“Colo melambangkan kemajuan zoo tersebut,” kata Dr. Tom Meehan, naib presiden bagi perkhidmatan veterinar di Zoo Brookfield Chicago dan penasihat veterinar kepada pelan ketahanan kehidupan spesies gorila negara.

Kini, doktor haiwan zoo itu kerap merawat haiwan yang mengalami sakit jantung dan penyakit buah pinggang, artritis, masalah gigi dan kanser.

Elly, seekor badak hitam timur di Zoo San Francisco telah dianggarkan berusia 46 tahun, dan merupakan badak tertua bagi spesiesnya di Amerika Utara. – AP
Elly, seekor badak hitam timur di Zoo San Francisco telah dianggarkan berusia 46 tahun, dan merupakan badak tertua bagi spesiesnya di Amerika Utara. – AP
Colo, seekor gorila kawasan barat, sedang berehat di kandangnya di Zoo Columbus, Columbus, Ohio. – AP
Colo, seekor gorila kawasan barat, sedang berehat di kandangnya di Zoo Columbus, Columbus, Ohio. – AP
Coldilocks, seekor beruang kutub kelihatan terjaga dari tidur di Zoo Philadelphia. – AP
Coldilocks, seekor beruang kutub kelihatan terjaga dari tidur di Zoo Philadelphia. – AP

Colo adalah salah seekor daripada beberapa gorila tertua di seluruh negara itu. Gorila jantan tertua yang terkenal iaitu, Ozzie, berusia 55 tahun dan tinggal di Zoo Atlanta, mempunyai geriatrik gorila yang khusus.

Di Taman Zoo Woodland Seattle, para kakitangannya menggunakan akupunktur, urutan, terapi laser, dan haba dan makanan tambahan untuk membantu Emma, ??arnab yang berusia 13 tahun.

Di Zoo Negara di Washington, Shanthi, seekor gajah Asia berusia 42 tahun menghidap artritis, menerima terapi osteoarthritis dan baru-baru sahaja dilengkapi dengan but kaki depan yang direka khas bagi menyembuhkan kakinya dan juga diberikan ubat-ubatan.

Di San Francisco, Tiki, zirafah berusia 27 tahun dan salah seekor yang tertua di negara ini, mendapat penjagaan kaki, terapi urut, akupunktur dan rawatan kiropraktik, bersama-sama dengan perubatan veterinar tradisional. Gao Gao, panda jantan berusia 26 tahun di Zoo San Diego menghidap sakit jantung, telah menjalani ultrasound jantung secara berkala.

“Geriatrik mungkin salah satu cabaran yang paling biasa dalam perubatan yang kami hadapi di zoo ini,” kata Dr. Keith Hinshaw, pengarah kesihatan haiwan di Zoo Philadelphia. “Jadi cukup banyak apa-apa yang anda boleh bayangkan akan berlaku dengan mereka yang sudah tua, begitu juga berlaku dengan mana-mana haiwan.”

Manakala, JJ, Orang Utan berusia 45 tahun di Zoo Toledo, telah menggunakan ubat-ubatan jantung manusia seperti carvedilol dan lisinopril, bersama-sama dengan ubat penahan rasa sakit dan ortopedik. Ianya juga mengambil Metamucil.

Colo, seekor gorila di tanah barat rendah, memegang beberapa rekod lain. Pada hari lahir ke-56nya pada tahun 2012, dia telah menjangkaui rekod usia gorila yang paling lama hidup. Pada hari Khamis, dia melintasi jangka hayat bagi gorila betina dalam penjagaan manusia (37.5 tahun) lebih daripada dua dekad.

Packy, seekor gajah Asia, sedang disembur dengan air di Zoo Oregon, di Portland. – AP
Packy, seekor gajah Asia, sedang disembur dengan air di Zoo Oregon, di Portland. – AP
Emerson, seekor kura-kura Galapagos di Zoo Toledo Ohio, yang berusia kira-kira 100 tahun. – AP
Emerson, seekor kura-kura Galapagos di Zoo Toledo Ohio, yang berusia kira-kira 100 tahun. – AP

Haiwan-haiwan lain yang berusia:

Beruang kutub

Coldilocks, seekor beruang kutub berusia 36 tahun di Zoo Philadelphia dan dianggap sebagai beruang kutub tertua di AS dimana jangka hayat bagi beruang biasa dalam kurungan adalah 23 tahun. Zoo itu berkata merawat penyakit buah pinggangnya pada peringkat awal telah memanjangkan hidupnya.

Badak

Elly, seekor badak hitam timur di Zoo San Francisco telah dianggarkan berusia 46 tahun, dan ia adalah badak tertua bagi spesiesnya di Amerika Utara. Ia mempunyai 14 ekor anak, dan 22 ekor cucu dan cicit .

Gajah

Packy, seekor gajah Asia di Zoo Oregon, dan kini berusia 54 tahun, adalah gajah jantan yang tertua di Amerika Utara. Zoo tersebut berkata bahawa Packy telah dilahirkan pada tahun 1962, dan menjadi gajah pertama yang dilahirkan di Hemisfera Barat dalam tempoh 44 tahun.

Monyet

Nikko, monyet salji berusia 33 tahun di Zoo Minnesota adalah monyet salji jantan tertua di Amerika Utara.

Cimpanzi

Little Mama, seekor cimpanzi yang tinggal di Lion Country Safari di Loxahatchee, Florida, dengan usianya berada dalam lewat 70-an.

Ianya telah mengambil ubat alahan, makanan tambahan dan multivitamin omega 3, dan telah dilatih untuk menerima rawatan nebulizer bagi batuknya.

Kura-kura

Emerson, seekor kura-kura Galapagos di Zoo Toledo Ohio, yang berusia kira-kira 100 tahun. – AP