Haiwan ternakan dikenakan ‘perintah berkurung’

PARIS, 5 NOV – Petani Perancis hari ini diarahkan supaya mengurung haiwan ternakan mereka dalam kurungan disebabkan risiko selesema burung yang disebar oleh burung penghijrah.

Arahan itu disiarkan dalam jurnal Perancis susulan langkah sama dilaksanakan di Belanda pada minggu lalu selepas satu kes virus selesema burung H5 dikesan di sebuah ladang ternakan dan 36,000 ayam dihapuskan sebagai langkah pencegahan.

“Kadar jangkitan yang meningkat dalam burung penghijrah mewajarkan pihak berkuasa menaikkan tahap amaran’ untuk semua kawasan metropolitan Perancis kepada ‘tinggi’, menurut perintah itu.

Kementerian pertanian Perancis berkata dalam perkembangan berasingan bahawa 130 wabak selesema burung dalam unggas liar dan haiwan ternakan ladang telah dikesan sejak Ogos di Eropah. Setakat ini, tidak ada kes yang ditemui di kalangan petani ternakan profesional di Perancis. – AFP