Hajah Reaita pemenang utama kempen Pirelli

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Hajah Reaita binti Mohd Nor telah diumumkan sebagai pemenang utama kempen Perk Up Your Day with Pirelli 2021 untuk memenangi Apple iPad Air.

Kempen yang berlangsung dari bulan Ogos hingga 5 Oktober lalu tersebut dianjurkan oleh TyreMart, dengan kerjasama Pirelli, yang turut mengumumkan 50 pemenang yang akan menerima earbud Pirelli dan pelbagai hadiah menarik lainnya.

Para pemenang boleh menyemak nama mereka di platform media sosial TyreMart.

Pengurus Besar Tyre-Mart, Tiew SC telah menyampaikan iPad Air kepada Hajah Reaita di TyreMart cawangan Gadong pada 13 November lalu dengan turut disaksikan oleh pegawai-pegawai eksekutif Tyremart.

Hajah Reaita melahirkan rasa teruja kerana tidak pernah memenangi apa-apa dalam cabutan bertuah sebelum ini. Menurutnya, beliau telah membeli kereta Mini baharu tahun ini dan memutuskan untuk memilih Pirelli.

Katanya lagi, Pirelli terkenal dengan penampilan yang sporty dan berprestasi tinggi serta anggun, yang mana baginya adalah sesuai untuk Mini miliknya.

Hajah Reaita menerima Apple iPad Air yang dimenangi dalam kempen berkenaan. – Gambar oleh Bahyiah Bakir