Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hajat, buah tangan terbaharu dari Hael Husaini

    SIAPA mampu menafikan kemampuan Hael Husaini dalam menyajikan kejutan kepada pencinta muzik tanah air?

    Kalau sebelum ini Hael mengejutkan peminatnya dengan lagu Jampi yang menjadi single pertamanya selepas bergelar penyanyi solo, dia sekali lagi tampil berbisa dengan single duet Haram bersama penyanyi tersohor Dayang Nurfaizah.

    Kejutan diteruskan dengan single terbaharunya, Hajat yang lain daripada apa pernah diketengahkan sebelum ini.

    Menerusi lagu Hajat ciptaannya bersama Ezra Kong, Hael membawa peminat melihat sisi berbeza dirinya.

    Susunan lagunya juga ada beberapa perbezaan jika dibandingkan dengan Jampi dan Haram.

    Hael Husaini tampil dengan lagu terbaharu berjudul Hajat.

    Nampaknya Hael semakin berani mempertaruhkan sesuatu yang jarang diperlihatkan.

    Dari segi lirik, Hajat bercerita mengenai permintaan dalam bercinta atau mungkin boleh diinterpretasikan secara berbeza.

    Apa yang pasti, ada ‘misteri’ yang ingin disampaikan sama seperti karya terdahulunya.

    Hael ketika diminta mengulas mengenai lagu ini menganggap ia karya yang unik.

    “Paling unik bagi saya adalah video muziknya. Tentunya banyak kelainan yang saya tampilkan dalam video muzik Hajat.

    “Hari pertama ia dimuat naik dan dilancarkan di YouTube, saya terima pelbagai reaksi positif daripada peminat,” katanya.

    Sejak dilancarkan empat hari lalu, video muzik Hajat mencatat hampir sejuta tontonan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda