Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Haji Ahmad hadiri kursus kepimpinan di Thailand

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Seorang ahli Pengakap Kelana, Haji Ahmad bin Haji Abas telah berlepas ke Thailand bagi menghadiri Kursus Latihan Kepimpinan Belia Rantau Asia Pasifik yang akan diadakan di Vajiravudh National Camp, Sriracha, Chonburi, Thailand bermula esok hingga 23 Julai depan.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada perwakilan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) itu ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali, beberapa orang pesuruhjaya pengakap, pemimpin Krew Pengakap Kelana 1033, ahli-ahli Pengakap Kelana dan ahli keluarga peserta.

    Kursus yang dianjurkan oleh Wakil Belia Serantau Asia Pasifik dan dikendalikan oleh golongan muda untuk golongan muda itu bertujuan bagi membolehkan golongan belia menjadi lebih berkesan dalam peranan kepimpinan mereka dan membina pasukan berprestasi tinggi di semua peringkat dalam pengakap, serta dalam komuniti mereka yang lebih luas. 

    Oleh itu, kursus berkenaan membolehkan golongan belia memperoleh pengetahuan, kemahiran teknikal dan membangunkan sikap yang bersesuaian melalui persekitaran kolaboratif dan berasaskan aktiviti pengakap.

    Pada akhir kursus berkenaan, para peserta diharap akan dapat menunjukkan kemahiran kepimpinan yang sesuai dan boleh digunakan. Di samping itu, peserta dapat memilih dan menilai gaya kepimpinan mereka sendiri yang sesuai untuk menghadapi senario yang berbeza. 

    Haji Awang Badar bergambar ramai bersama ahli-ahli pengakap di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
    Haji Ahmad sebelum berlepas menghadiri Kursus Latihan Kepimpinan Belia Rantau Asia Pasifik di Vajiravudh National Camp, Sriracha, Chonburi, Thailand.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...