Sunday, March 23, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haji Faisal menang cabutan bertuah TBA

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Haji Faisal bin Haji Mohd Ali yang menyertai TBA Personal Accident for Student Takaful melalui aplikasi mudah alih Takaful Brunei, memenangi wang tunai $20,000 selepas melalui dua pusingan cabaran dalam cabutan bertuah dwi bulanan Lakastah Manang Bersama! ke-5, Takaful Brunei, hari ini.

    Pada majlis cabutan yang berlangsung di Kompleks Membeli Belah Onecity, dua finalis lagi pulang dengan hadiah sagu hati bernilai $3,000 dan dua lagi menerima $1,000.

    Di samping itu, pemenang turut menerima 250,000 Takaful Brunei Mobile MyRewards Points yang bernilai $250 manakala finalis lain menerima 100,000 Takaful Brunei MyRewards Points bernilai $100.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Ketua Pegawai Operasi Perniagaan Takaful Brunei AM Sdn Bhd (TBA), Awang Fuad Hamdi bin Pehin Dato Haji Salim.

    Promosi Lakastah Manang Bersama! 2023 menawarkan peluang kepada pelanggan Takaful Brunei untuk memenangi wang tunai sehingga $20,000 setiap dua bulan di samping hadiah sagu hati sehingga $3,000.

    Takaful Brunei juga akan memberikan hadiah wang tunai sebanyak $30 kepada 300 pelanggan dan 50,000 MyRewards Points kepada 200 pengguna Takaful Brunei Mobile setiap tiga bulan.

    Pelanggan boleh menyertai promosi dengan melanggan mana-mana produk TBA dan Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK) melalui cawangan atau kaunter, pusat panggilan TBA dan TBK, Takaful Brunei Mobile dan ejen takaful yang dibenarkan. Promosi bermula dari awal Januari lalu sehingga akhir Disember depan.

    TBA juga pada masa ini menawarkan diskaun 30 peratus untuk pakej motor komprehensif baharu dan pembaharuan sehingga akhir Disember dan potongan diskaun boleh didapati melalui cawangan atau kaunter TBA, pusat panggilan, ejen sah dan Takaful Brunei Mobile.

    Awang Faud Hamdi dan para pemenang bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN TAKAFUL BRUNEI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda