BANDAR SERI BEGAWAN, 24 April –Haji Jamil bin Haji Abdul Karim dari Pasukan Brunei Motocross telah meraih naib juara dalam Kategori Veteran dalam Kejohanan Motocross Of Borneo yang diadakan di Litar Serikin Kuching, Malaysia.
Perlumbaan itu dianjurkan oleh Kementerian Belia, Sukan dan Solidariti Negeri Sarawak dengan kerjasama Persatuan Sukan Lumba Automotif Sarawak.
Tiga orang ahli Pasukan Brunei Motocross termasuk Haji Jamil telah menyertai perlumbaan itu, dalam Kategori Veteran juga Loh Wei Tieng berada di tempat kelima, sementara peserta negara yang menyertai dalam Kategori MX2 Novice, Mohd Shahnizzam bin Haji Tamit berada di tempat ketujuh.
Pasukan Brunei Motocross telah bersaing dengan pasukan-pasukan dari Malaysia dan juga Indonesia.
Rancangan pasukan itu seterusnya adalah menyertai perlumbaan di Miri, Sarawak yang akan berlangsung pada 21 Mei depan.
