Haji Jefri menang $10,000

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Haji Jefri bin Haji Madon menerima durian runtuh apabila diumumkan sebagai pemenang cabutan bulanan kedua Promosi Sanang Manang sekali gus membawa pulang wang tunai $10,000.

Majlis penyampaian hadiah bagi promosi berkenaan telah diadakan di Dewan Mutiara, Hotel Radisson di mana 10 orang pelanggan bertuah menerima hadiah wang tunai atas penyertaan mereka dalam produk TBA dan TBK dengan menggunakan aplikasi Takaful Brunei Mobile dan TBA Call Centre.

Hadir bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Pengurus Besar Takaful Brunei Am, Awang Barudin bin Haji Kudil.

Promosi Sanang Manang Takaful Brunei menawarkan sebuah kenderaan baharu Toyota Cross spesifikasi tinggi sebagai hadiah utama dengan pemenangnya akan diumumkan pada Julai depan.

Sementara itu, hadiah wang tunai $10,000 diberikan kepada seorang pemenang bertuah setiap dua bulan di samping hadiah-hadiah menarik lainnya bagi sembilan orang pemenang bertuah yang lain bermula pada Januari hingga Jun depan.

Gambar ramai pemenang-pemenang cabutan bulanan kedua Promosi Sanang Manang pada majlis berkenaan.