Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Haji Rosaimi juara pertandingan Beyblade

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Haji Rosaimi bin Haji Lamit dari Pasukan Ghostbeys (GB) muncul juara dalam pertandingan Beyblade Assault Battle setelah menewaskan Muhammad Akmal Yamin bin Muhammad Luqman dari Pasukan Santai Aja Bladers (SA), dengan kiraan 5-3 dalam perlawanan akhir, baru-baru ini.

    Pertandingan anjuran Underground Tournament yang diadakan bersempena cuti persekolahan penggal kedua itu berlangsung di Jalan Binglu Utara, Perumahan Tanah Jambu.

    Sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh Mimi Nazuwan bin Ibrahim dari Pasukan Jakusha Bladers (JB) setelah menewaskan Paridah Ibrahim dari Pasukan Underground Beys (UG) dengan kiraan mata 5-1.

    Hadiah sagu hati pula dimenangi oleh GB Apis, SA Akmal, SA Muhammad Luqman dan UG Kamal.

    Empat pasukan telah menyertai pertandingan berkenaan yang bertujuan untuk menyediakan aktiviti berfaedah kepada kanak-kanak dan ibu bapa di samping untuk mengembangkan permainan tersebut kepada masyarakat umum sekali gus mengeratkan silaturahim di antara pemain-pemain Beyblade.

    Gambar peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan Beyblade Assault Battle di Jalan Binglu Utara, Perumahan Tanah Jambu baru-baru ini. – Gambar serahan DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...