BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JUN – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hari ini, telah menyampaikan lebih 2 juta BIG Points AirAsia kepada Haji Serudin bin Mohd Tarif selaku pemenang utama Kempen Kad Kredit Visa BIBD.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan BIBD, air miles yang dimenangi itu setara dengan 80 penerbangan pergi balik ke Kuala Lumpur atau 19 perjalanan pergi balik ke Melbourne.
Pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat BIBD, empat pemenang lain turut membawa pulang 100,000 BIG Points setiap seorang.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Wan Hefnie bin Haji Hamidon dari Kumpulan Perbankan Runcit BIBD.
Kenyataan menjelaskan, di bawah kempen yang berjalan dari Januari hingga Mac lalu itu, setiap permohonan baharu kad kredit Visa BIBD mendapat satu peluang memasuki cabutan berkenaan dan penyertaan tambahan diberikan bagi setiap $50 yang dibelanjakan menggunakan kad kredit berkenaan.
