Haji Yunaidi dinaikkan pangkat sebagai pesuruhjaya tanah

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi kenaikan pangkat Pegawai Tanah Kanan di Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan, Haji Yunaidi bin Haji Yunus sebagai pesuruhjaya tanah di Jabatan Tanah yang berkuatkuasa mulai 29 Julai 2021.