Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Hajiji: Jangan buat andaian terburu-buru

    KOTA KINABALU, 11 FEB – Kad Warga Asing adalah cadangan Jawatankuasa Teknikal yang akan dibincangkan lebih lanjut oleh kerajaan negeri Sabah sebelum keputusan muktamad dibuat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata cadangan itu perlu melalui penelitian rapi dengan mengambil kira pandangan dan input daripada semua termasuk parti politik, aktivis serta rakyat dan meminta rakyat supaya tidak membuat andaian secara terburu-buru.

    Tegasnya, cadangan berkenaan tidak melibatkan pemberian kad pengenalan mahupun dokumen kepada warga asing untuk memberikan mereka taraf kewarganegaraan.

    “Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing Sabah (JKPWAS-Induk) ditubuhkan berikutan saranan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) untuk platform bersama antara kerajaan negeri dan Persekutuan bagi menguruskan isu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kad warga asing akan diwujudkan sebagai dokumen bagi kerajaan mengenal pasti bilangan serta keberadaan warga asing yang tinggal lama di Sabah termasuk kanak-kanak, sambil menyifatkan ia satu cadangan yang baik.

    Hajiji berkata Kad Warga Asing dan Kad Pekerja Asing telah dicadangkan untuk menjadi dokumen standard bagi semua pemegang IMM13, Sijil Banci dan Kad Burung-Burung dikeluarkan sebelum ini kepada pendatang Filipina dan semua pekerja asing yang sah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...