Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hak Sabah, Sarawak dibincang secara telus

    TUARAN, 17 Sept – Kerajaan Persekutuan akan sentiasa memastikan setiap keputusan yang melibatkan kepentingan serta hak Sabah dan Sarawak dibincang serta diperhalusi secara telus termasuk mendengar pandangan daripada menteri Kabinet dari kedua-dua negeri berkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

    Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata ini bagi memastikan setiap keputusan yang diambil itu benar-benar memberi impak dan manfaat positif selain memenuhi keperluan rakyat di kedua-dua negeri.

    Katanya,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga begitu prihatin dengan memastikan suara dan pendapat kesemua 12 menteri persekutuan, masing-masing enam dari Sabah dan enam dari Sarawak, didengar serta diberi perhatian. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda