Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hakim buka semula kes selepas 45 tahun

    COLUMBUS, 8 Feb – Seorang lelaki dibicarakan semula selepas 45 tahun, atas kesalahan menembak seorang pegawai polis Ohio hingga menyebabkan tangan kirinya lumpuh dalam kejadian kes pecah rumah pada 1972.

    Pendakwa raya Daerah Franklin memberitahu hakim, peguam bela tertuduh, Charles Hays tidak pernah secara formal memohon untuk menyegerakan perbicaraan walaupun banyak peluang untuk berbuat demikian.

    “Ia berada di bawah bidang kuasa beliau, menurut undang-undang ketika itu, adalah menjadi hak dia untuk membuat permohonan. Dia gagal untuk mengemukakan permohonan,” katanya.

    Apa yang menjadi persoalan adalah kejadian tembakan membabitkan anggota polis, Niki Cooper dan rakannya pada Mac 1972. Ketika itu, mereka cuba menyelesaikan satu kes pecah rumah.

    Cooper terkena tembakan pada lengan kiri dan kecederaan itu tidak pulih sepenuhnya sehinggalah dia meninggal dunia tiga tahun lalu pada usia 71 tahun.

    Hays dikatakan menembak Cooper tiga kali hingga menyebabkan lengan kirinya lumpuh. Dia didakwa tetapi perbicaraan tidak membabitkan kejadian itu. Dua lagi rakan Hays didakwa dan mengaku bersalah.

    Anak kepada mendiang Cooper, Lori Cooper membongkar kembali rekod mahkamah selepas kematian bapanya dan mendapati Hays, 82, masih hidup dan menetap di Dayton.

    Dia membawa rekod itu kepada pihak berkuasa yang kemudian bersetuju untuk membuka kembali fail kes. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda