Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hakim dihukum penjara

    MAPUTO, 30 Mei – Seorang hakim kanan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh sebuah mahkamah di Chimoio, Mozambique kerana didapati bersalah menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.

    Efigenio Baptista yang kini menjadi hakim di bandar Tete, didakwa melakukan kesalahan itu ketika bertugas di wilayah Manica. Dia yang didapati bersalah menyerang Ricardo Sinaleua di sebuah lebuh raya awam itu turut diarahkan membayar denda sebanyak 15,000 meticais. Bercakap kepada media, Baptista berkata dia akan membuat rayuan, kerana berpendapat tuduhan serta hukuman yang dikenakan ke atasnya tidak masuk akal kerana menurutnya Sinaleua tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Difahamkan serangan itu menyebabkan Sinaleua mengalami kecederaan serius sebaliknya mahkamah mendapati tiada kerosakan fizikal terhadap mangsa sama sekali.

    Sinaleua pula beranggapan nilai pampasan terlalu rendah dan akan menuntut ganti rugi lebih tinggi iaitu sebanyak 4.5 juta meticais. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda