Tuesday, December 3, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hakim Lubnan keluarkan waran tangkap untuk menteri kabinet

    BEIRUT, 12 OKT – Hakim Lubnan yang mengetuai siasatan mengenai letupan besar tahun lalu di pelabuhan Beirut mengeluarkan waran tangkapan kelmarin untuk bekas menteri kabinet kerana gagal hadir untuk disoal siasat, kata agensi berita nasional yang dikendalikan oleh kerajaan.

    Tidak lama kemudian, hakim tersebut telah dimaklumkan bahawa bekas menteri dan seorang bekas ahli kerajaan secara rasmi meminta mahkamah untuk menggantikan hakim tersebut, yang terpaksa menangguhkan penyiasatan sehingga keputusan mengenainya dapat dibuat.

    Perkembangan itu adalah perubahan terbaharu dalam penyelidikan yang bermasalah terhadap letupan besar-besaran pada Ogos 2020 di pelabuhan Beirut yang mengorbankan 215 orang, mencederakan ribuan orang dan memusnahkan seluruh kawasan di ibu kota Lubnan.

    Hakim, Tarek Bitar, yang mengetuai siasatan tersebut, mengeluarkan waran penangkapan untuk Ali Hassan Khalil, bekas menteri kewangan dan anggota parlimen. Ia tidak jelas mengenai sebab penangkapan tersebut.

    Keputusan itu telah dibuat beberapa jam setelah ketua kumpulan militan Hizbullah Lubnan meningkatkan sera-ngan terhadap hakim, meminta pihak berkuasa untuk menggantikan Bitar dengan penyiasat yang ‘jujur dan telus’.

    Khalil, sekutu rapat Hizbullah, adalah antara pegawai yang mencabar Bitar di mahkamah, mengatakan hakim tersebut berat sebelah dan meminta agar dia diganti. Dia sebelumnya enggan tampil untuk disoal siasat. – AP

    Ali Hassan Khalil dikeluarkan waran tangkap setelah gagal hadir untuk disoal siasat. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda