Hakim Mexico letak jawatan

TEXAS, 9 OKT – Senat Mexico meluluskan peletakan jawatan seorang hakim Mahkamah Agung negara itu semalam berikutan timbulnya dakwaan berhubung penglibatan beliau dalam rasuah, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Eduardo Medina Mora baru bertugas selama empat tahun daripada tempoh 15 tahun perkhidmatannya.

Sejumlah 111 anggota Senat Mexico mengundi menyokong, tiga menentang manakala lima berkecuali. – Bernama