Hakim tertinggi M’sia letak jawatan

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Dua hakim tertinggi Malaysia akan meletak jawatan, kata pegawai pengadilan hari ini, ketika mereka menjadi para pegawai kanan yang terbaru meninggalkan jawatan mereka sejak kerajaan baharu memerintah.

Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin akan meletak jawatan pada 31 Julai ini, menurut pernyataan badan kehakiman.

Mereka adalah pegawai kanan terkini untuk berhenti atau dipaksa berhenti dari jawatan mereka sejak Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad memenangi pilihan raya pada bulan lalu atas janji untuk membersihkan kerajaan yang dilanda skandal dan penyalahgunaan kuasa yang lain.

Ketua Peguam Negara dan Gabenor Bank Pusat telah meninggalkan jawatan mereka selepas tuduhan berkaitan dengan skandal dana kekayaan negara 1Malaysia Development berhad (1MDB).

Bekas perdana menteri Najib Razak, keluarganya dan rakannya dituduh merampas berbilion ringgit Malaysia daripada dana itu dalam skandal penipuan yang sangat rumit.

Najib, yang telah di soal siasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak dua kali mengenai isu kontroversi sejak tewas pilihan raya dan menafikan daripada melakukan sebarang salah laku berhubung dengan 1MDB.

Dalam kenyataan itu juga menjelaskan bahawa perletakan jawatan hakim-hakim itu telah pun diluluskan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 8 Jun lalu, sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang untuk jawatan tersebut.

Tempoh bagi memegang jawatan hakim tersebut dipanjangkan tahun lalu, walaupun melebihi umur persaraan secara sah 66 tahun, dalam satu langkah yang dikecam oleh pegawai-pegawai perundangan dan Mahathir tahun lalu, yang pada masa itu menjadi pembangkang kerajaan. – AFP

Tun Md Raus Sharif (kanan) bersama Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana selepas bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 15 Jun lalu. – Bernama