Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    ‘Hal zuriat, serah pada Maha Kuasa’

    Selepas lebih kurang empat bulan mendirikan rumah tangga, pasangan suami isteri, Adam Lee dan Sweet Qismina masih menanti kehadiran cahaya mata.

    Adam atau nama sebenarnya, Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee berkata, dia mahupun Sweet, tidak merancang atau meletakkan ketentuan kepada Allah.

    “Saya tidak merancang. Kalau lekat awal, Alhamdulillah. Jika tidak, tak mengapa.

    “Kita bukan berkahwin untuk setahun atau dua, tetapi saya berkahwin sampai mati dengannya.

    “Jadi, jika kata lima tahun masih tiada zuriat, saya tidak kecil hati. Saya percaya Allah sebaik-baik perancang dan kita hanya merancang, Allah menentukan. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

    “Andai kata awal, awallah. Andai kata tiada, tiada, tetapi doakanlah. Kalau tanya saya memang saya nak, tetapi saya tidak merancang.

    Adam tidak menyimpan harapan besar memandangkan bersaing dengan nama besar dalam kategori Pelakon Lelaki Popular, Tonton Anugerah Drama Sangat. – Agensi

     

    “Kalau kata selepas kami habis penggambaran, melekat, Alhamdulillah. Namun, jujurnya, tiada lagi, jadi doakanlah,” katanya kepada BH Online.

    Adam dan Sweet mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober tahun lalu.

    Tambah pelakon Budak Tebing ini, dia tidak tertekan untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat kerana percaya semuanya sudah diaturkan Allah.

    “Saya selalu pesan pada Sweet, ada yang sudah berkahwin 10 hingga 15 tahun, tetapi tiada zuriat. Siapa kita nak kata wajib ada anak? Kawan lain berkahwin awal, melekat awal. Takkan kita kena ikut juga.

    “Ini bukan trend, ini semua kerja Allah. Kita tak perlu nak buat kerja Allah, hanya ikut apa yang disuruh. Andai kata ada, adalah, andai kata tiada, kita cuba lagi,” katanya.

    Adam ditemui pada sidang media memperkenalkan hos, calon dan penyampai Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) di pusat beli-belah IOI City, baru-baru ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...