Hala tuju hubungan perdagangan luar ASEAN dibincangkan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Mesyuarat Pertama Pegawai-pegawai Ekonomi Kanan ASEAN Bagi Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN yang ke-52 secara rasminya bermula hari ini melalui persidangan video.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap (Ekonomi) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dr Hajah May Fa’ezah binti Haji Ahmad Ariffin.

Mesyuarat yang berlangsung selama tiga hari sehingga 27 Januari itu dihadiri oleh pegawai-pegawai ekonomi kanan dari 10 buah negara-negara anggota ASEAN dan wakil daripada Sekretariat ASEAN yang berpusat di Jakarta, Indonesia.

Antara agenda lain yang akan dibincangkan pada mesyuarat ini termasuk mengenai 10 Priority Economic Deliverables (PED) Negara Brunei Darussalam, 2021 Annual Priorities dan meneliti semula laporan terkini daripada badan-badan sektoral di bawah bidang kuasa SEOM.

Selain itu, mesyuarat juga akan membincangkan dan mempertimbangkan hala tuju bagi meningkatkan lagi hubungan perdagangan luar ASEAN.

Dr Hajah May Fa’ezah semasa mempengerusikan mesyuarat tersebut melalui persidangan video.