Hala tuju produk automotif ASEAN dibincangkan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Negara Brunei Darussalam telah menyertai Mesyuarat Khas Kumpulan Kerja Produk Automotif (APWG), Mesyuarat Khas Pasukan Petugas MRA mengenai Jenis Pengesahan Produk-produk Automotif (TFMRA) dan Bengkel Au-tomotif Majlis Perniagaan EU-ASEAN (EU-ABC) yang diadakan selama tiga hari hingga kelmarin melalui aplikasi persidangan video.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengang-kutan dan Infokomunikasi, di sini, mesyuarat tiga hari itu telah didahului dengan Bengkel Automotif EU-ABC pada 7 September yang dipengerusikan bersama oleh EU-ABC dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Ia diikuti dengan Mesyuarat Khas TFMRA pada 8 September yang dipengerusikan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia dan kemudiannya Mesyuarat Khas APWG pada 9 September yang telah dipengerusikan oleh JPD.

Delegasi Negara Brunei Darussalam pada mesyuarat-mesyuarat dan bengkel berkenaan telah diketuai oleh pegawai kanan JPD dan turut disertai oleh pegawai-pegawai lain JPD, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Pusat Standard Kebangsaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Kenyataan menyatakan lagi bahawa mesyuarat-mesyuarat berkenaan merupakan perjumpaan tahunan ASEAN bagi membincangkan langkah-langkah sokongan dasar serta
hala tuju berkenaan dengan produk automotif di rantau ini.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan pada mesyuarat-mesyuarat dan bengkel berkenaan adalah sembilan negara ahli ASEAN telah mendapat kuasa penuh bagi menandatangani ASEAN Mutual Recognition Agreement on Type Approval of Automotive Products (APMRA) secara adreferendum.

Apabila APMRA dikuatkuasakan, produk-produk automotif yang telah disahkan (certified) oleh perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang telah dikenal psti oleh negara-negara ahli ASEAN, tidak perlu melalui pengesahan semula oleh negara-negara ahli yang
mengimport produk-produk berkenaan.

Perlaksanaan APMRA berkenaan antaranya status pengesahan serta Pelan Hala Tuju 19 produk automotif (komponen dan sistem) mengikut Suruhanjaya Ekonomi Eropah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNECE) yang akan dilaksanakan secara berfasa, penubuhan Jawatankuasa Automotif ASEAN (AAC) dan garis panduan bagi perlaksanaan APMRA.