Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Halaqah bimbingan solat diteruskan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan KUPU SB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Sesi kedua halaqah Syariah bimbingan solat sempena Israk dan Mikraj 1442H anjuran Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Fakulti Syariah telah diteruskan lagi semalam di beberapa buah masjid terpilih di keempat-empat daerah.

    Halaqah telah disampaikan oleh Ra’es KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar di Masjid Kampung Belimbing, Subok; Dekan Fakulti Pendidikan, Profesor Madya Dr Muhd Zahiri bin Awang Mat di Masjid Sufri Bolkiah Kampung Perpindahan Berakas; Penolong Profesor Fakulti Usuluddin, Dr Haji Matussein bin Haji Jumat di Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Bolkiah A dan Pengarah Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah KUPU SB, Haji Mohd Azmi bin Haji Omar di Surau Polis Gadong.

    Antara tujuan halaqah berkenaan adalah untuk memberikan pendedahan dalam sama-sama menyempurnakan solat fardu dengan betul menurut Mazhab Syafie.

    Ia juga diharapkan dapat mengukuhkan ketakwaan para jemaah yang hadir dengan menjaga solat fardu lima waktu dan istiqamah dalam mendirikan solat secara berjemaah bersama keluarga dan masyarakat.

    Halaqah bimbingan berkenaan akan diteruskan nanti untuk sesi ketiga iaitu pada 3 Mac ini di Masjid Hassanal Bolkiah dan Masjid Kampung Birau di Daerah Tutong, Masjid Kampung Sungai Liang di Daerah Belait, serta Masjid Kampung Belais dan Masjid Kampung Puni di Daerah Temburong.

    Profesor Madya Dr Muhd Zahiri semasa halaqah tersebut.
    Halaqah bertujuan untuk membimbing jemaah menyempurnakan lagi ibadah solat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...