Tuesday, March 25, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Halep menang selesa

    MONTREAL, 10 Ogos – Pemain nombor satu dunia, Simona Halep menewaskan pemenang Grand Slam tujuh kali, Venus Williams dalam straight set semalam pada pertandingan WTA Montreal walaupun beberapa jam selepas mencatatkan kemenangan selama tiga jam ke atas Anastasia Panlyuchenkova.

    Pemain pilihan utama, Halep tidak tertekan menentang Williams, mengetepikan pemain dari AS itu dengan kiraan 38, 6-2, 6-2 dalam masa 71 minit untuk mara ke suku akhir.

    Pertandingan Halep menentang Pavlyuchenkova sebelumnya dijadualkan pada malam Rabu lalu tetapi kerana hujan lebat memaksa penganjur untuk membatalkan sehingga pagi semalam.

    Pemain dari Romania itu memerlukan tiga set untuk menewaskan pemain nombor 28 dari Rusia itu tetapi mencatatkan masa yang lebih mudah menentang pemain veteran, Williams yang belum memenangi sebarang gelaran pada 2018.

    Williams bergelut dengan rentaknya tahun ini dan belum memenangi gelaran Grand Slam sejak kejayaan di Wimbledon pada 2008 apabila menewaskan adiknya Serena dalam pertandingan akhir.

    Halep ketika meraikan kejayaan selepas berjaya menewaskan Venus Williams di Stadium IGA, kelmarin. – AFP

    “Ia bukanlah mudah untuk menentang adik-beradik Williams dan walaupun dia bergelut, saya tahu saya perlu fokus ke atas setiap bola dan terus fokus sehingga akhir pertandingan,” kata Halep.

    “Dia tidak merasa selesa di atas gelanggang dan ia pasti bukan hari terbaiknya dan saya gembira untuk ke suku akhir sekarang.”

    Juara Terbuka Perancis itu bermula dengan pantas, memenangi dua permainan pertama dalam laluan untuk memenangi set pembukaan.

    Dia juga mendahului 3-0 pada set kedua dan selepas terhenti sebentar di pertengahan, dia kembali bangkit untuk memenangi empat permainan terakhir.

    Halep memenangi 77 peratus dari mata servis pertamanya dan mengatasi servis William sebanyak lima kali. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda