Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Halep mula mengorak langkah

    PARIS, 30 Mei – Pemain nombor satu dunia, Simona Halep akhirnya memulakan kempen Terbuka Perancis hari ini sementara Novak Djokovic dan Alexander Zverev memburu tempat ke pusingan kedua.

    Pemain pilihan utama dari Romania dan pemain nombor satu dunia, Halep menguasai tempat kedua sebanyak dua kali di Roland Garros, tewas kepada Maria Sharapova pada 2014 dan menyerahkan satu set dan pendahuluan 3-0 untuk tewas kepada Jelena Ostapenko 12 bulan lalu.

    Dia juga berada di tangga kedua di belakang Caroline Wozniacki pada Terbuka Australia bulan Januari lalu yang menambah kepada kekecewaannya sebagai pengiring Grand Slam.

    Pemain itu, 26, melalui kesukaran musim di gelanggang tanah liat, berada di tangga kedua di Rome di belakang Elina Svitolina berikutan persaingan suku akhir berturut-turut di Stuttgart, di mana dia tewas kepada Coco Vandeweghe dan Madrid tewas dalam straight set kepada Karolina Pliskova.

    Halep mencatatkan kedudukan 2-0 ke atas Riske dengan kemenangan di atas gelanggang permukaan tanah liat di Rome pada 2015.

    Gambar fail bertarikh 19 Mei menunjukkan aksi Halep semasa mengembalikan bola kepada Maria Sharapova dari Rusia pada perlawanan semifinal mereka di Roma. – AP

    Sementara pemain pilihan kedua dari Jerman, Zverev adalah salah seorang pemain yang menarik di atas gelanggang tanah liat pada tahun ini dengan gelaran di Madrid dan Munich sementara melepaskan kelebihan set terakhir untuk tewas kepada Rafael Nadal di Rome.

    Bagaimana pun, apabila Grand Slam hadir, pemain itu, 21, masih mengalami kesukaran, tewas pada pusingan pertama pada tahun lepas di Paris dan dengan persaingan terbaik pada pertandingan utama 16 pusingan akhir di Wimbledon pada 2017.

    Dia melepaskan hanya empat permainan dalam kemenangan pusingan pertama ke atas Ricardas Berankis.

    Juara 2016, Djokovic, pemain pilihan 20 dan jatuh pada ranking terendah dunia bagi tempoh 12 tahun berikutan pergelutannya kerana kecederaan siku, dilihat semakin hampir untuk kembali kepada rentak terbaiknya dengan persaingan ke separuh akhir Rome.

    Pemenang utama 12 kali itu menghadapi pemain kelayakan dari Sepanyol, Jaume Munar, ranking 155, yang menandakan kemunculannya dalam Roland Garros dengan mengetepikan pesaing dan bekas finalis Paris, David Ferrer, kembali bangkit dari ketinggalan dua set untuk memenangi dalam lima set.

    Munar hanya mencatatkan satu kemenangan dalam jelajah utama 2018 walaupun sekurang-kurangnya hadir dalam persaingan gelanggang tanah liat di Barcelona pada April lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda