Halep, Raonic, Dimitrov terima wildcard

WASHINGTON, 20 Julai – Pemain nombor dua dunia, Simona Halep dan 10 pemain terbaik lelaki, Milos Raonic dan Grigor Dimitrov telah menerima kemasukan wildcard bagi ATP dan Terbuka Washington WTA, penganjur mengumumkan semalam.

Kejohanan di permukaan gelanggang keras AS itu, bermula pada 31 Julai, dibuat menjelang kejohanan persediaan Terbuka AS di Kanada dan Cincinnati bagi Terbuka AS, yang bermula pada 28 Ogos di New York.

Pemenang kedua di Terbuka Perancis, Halep dari Romania itu mengekalkan di kedudukan kedua dalam ranking selepas Karolina Pliskova dari Czech melonjak ke kedudukan nombor satu selepas Wimbledon dan Angelique Kerber dari Jerman yang jatuh ke kedudukan ketiga.

Aksi kembali pemenang Washington 2014, Raonic, yang tewas dalam suku akhir Wimbledon kepada pemenang Roger Federer bulan ini, memberikan kejohanan itu empat bekas juara lelaki yang lalu dalam persaingan itu.

Juara tiga kali, Juan Martin del Potro, yang mana mahkota terbarunya hadir pada 2013, sudah bersedia, begitu juga pemain ranking kelapan Kei Nishikori dari Jepun, juara Washington 2015, dan juara bertahan di ranking 13, Gael Monfils dari Perancis.

Milos Raonic (kiri) dan Roger Federer selepas berakhirnya perlawanan suku akhir Wimbledon pada 12 Julai 2017. Raonic, Halep dan Dimitrov telah menerima kemasukan wildcard bagi ATP dan Terbuka Washington WTA yang bermula pada 31 Julai ini. – AP
Milos Raonic (kiri) dan Roger Federer selepas berakhirnya perlawanan suku akhir Wimbledon pada 12 Julai 2017. Raonic, Halep dan Dimitrov telah menerima kemasukan wildcard bagi ATP dan Terbuka Washington WTA yang bermula pada 31 Julai ini. – AP

Dimitrov pemain ranking ke-10 menyertai Nishikori, Raonic dan pemain ranking ke-11 dari Jerman, Alexander Zverev untuk memberikan kejohanan itu empat dari 11 pemain terbaik dunia.

Juga menerima kemasukan wildcard adalah Sloane Stephens, yang memenangi gelaran WTA pertamanya di Washington pada 2015.

Stephens, yang jatuh ke ranking 901, tidak beraksi selama 11 bulan selepas mengalami kecederaan kaki kiri yang memerlukan pembedahan pada Januari. Dia membuat aksi kembali dalam kekalahan pusingan pertama di Wimbledon kepada Alison Riske.

Stephens, yang tidak bersaing sejak kekalahan Olimpik Rio pusingan pertama kepada Eugenie Bouchard dari Kanada pada Ogos lalu, menang tiga kali pada tahun lepas sebelum mengalami kecederaan.

Bouchard, pemenang tempat kedua Wimbledon 2014, dan juara Olimpik Rio, Monica Puig dari Puerto Rico juga berada dalam persaingan wanita. – AFP