Halep tarik diri, alami kecederaan paha

CINCINNATI, 19 OGOS – Simona Halep menarik diri daripada perlawanan pusingan kedua di WTA Cincinnati Masters semalam kerana mengalami kecederaan paha kanan, kecederaan sama yang dialaminya dalam acara gelanggang keras di Terbuka AS.

Pemain pilihan kelima dari Romania itu berdepan Jessica Pegula dari Amerika Syarikat (AS)tetapi terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan pada pusingan sebelumnya ketika menewaskan pemain Poland, Magda Linette.

“Selepas merasa kesakitan di paha kanan pada perlawanan semalam, saya memanggil pakar perubatan fisioterapi dan dengan balutan yang tebal, saya mampu meneruskan perlawanan dan mencatat kemenangan,” kata Halep.

“Malangnya imbasan pagi ini menunjukkan saya mempunyai kecederaan dan ia terlalu berisiko untuk terus beraksi pada hari ini.

“Saya akan berehat dan melakukan segala yang perlu untuk persediaan di Terbuka AS.

“Kepada peminat di Cincy, sungguh seronok kerana dapat melihat kehadiran anda semula.”
Keadaan itu membolehkan Pegula mara ke pusingan ketiga kejohanan.

Halep baru sahaja beraksi semula di gelanggang selepas mengalami kecederaan di Rom pada Mei lalu yang turut menyaksikan dia terlepas saingan di Roland Garros, Wimbledon dan Olimpik. – AFP

Aksi Simona Halep dari Romania semasa perlawanan menentang Magda Linette dari Poland di Pusat Tenis Keluarga Lindner pada 17 Ogos di Mason, Ohio. – AFP