Halep tarik diri Terbuka Perancis

PARIS, 21 MEI – Simona Halep, juara Terbuka Perancis 2018, mengumumkan semalam beliau akan menarik diri dari kejohanan tahun ini selepas beliau masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan kakinya.

“Sayangnya kecederaan di otot kaki kiri saya memerlukan lebih banyak masa untuk pulih dan masa terlalu pendek,” kata Halep, juara bertahan Wimbledon.

Halep mengalami kecederaan dalam perlawanan pusingan kedua di Terbuka Rom pada 12 Mei lalu, dan pemain nombor tiga dunia itu menganggap masa untuk pemulihan terlalu ketat dan beliau menjangkakan masa tidak cukup untuk beliau kembali ke kejohanan Roland Garros pada 30 Mei hingga 13 Jun ini.

“Pengunduran diri dari Grand Slam bertentangan dengan semua naluri dan cita-cita saya sebagai atlet, tetapi ini adalah keputusan yang tepat dan betul bagi saya untuk dibuat,” katanya. – AFP