Halep terus cemerlang, rangkul kejuaraan ke-20

DUBAI, 23 FEB – Simona Halep berjaya menewaskan Elena Rybakina 3-6, 6-3. 7-6 (7-5) pada Sabtu lalu untuk mencatatkan kejuaraan ke-20 beliau dengan kejohanan Dubai dan beliau mengakui bahawa beliau terasa ‘sangat letih’.

Pemain nombor dua dunia dari Romania tersebut pernah menjuarai kejuaraan di Dubai pada tahun 2015 dan meraih trofi pertama beliau semenjak kejohanan Wimbledon musim panas lalu.

“Saya sangat suka bermain di sini, saya memberikan segala-galanya,” menurut Halep, yang ketinggalan 1-3 pada set terakhir dan kembali bangkit untuk menjuarai kejuaraan ketiga berturut-turut di Dubau.

“Sekarang, sebenarnya saya berasa sangat letih.” Rybakina, 20, akan melonjakkan ranking dari tangga 17 kepada 19 pada minggu hadapan, beraksi pada final keempat daripada lima kejohanan pada tahun 2020 setelah memenangi trofi Hobart bulan lalu sehari sebelum kejohanan Terbuka Australia.

“Dia adalah pemain yang sangat berbakat,” Halep merujuk kepada lawan beliau yang mendahului WTA 19 perlawanan kemenangan buat musim ini. – AFP

Simona Halep berjaya me-newaskan pemain Kazakhstan, Elena Rybakina dalam per-lawanan akhir kejohanan Dubai pada Sabtu lalu. – AP