Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Halim berhasrat bawa Myra balik Terengganu

    Selepas pendedahan mempunyai cahaya mata, pengacara Halim Othman berniat untuk membawa anak tunggalnya iaitu Myra Natasya balik beraya ke kampung halamannya di Terengganu.

    Halim, 56, berkata, dia ingin memperkenalkan Myra yang juga seorang pengacara dan pelakon kepada kawan-kawannya selepas 27 tahun menyimpan rahsia itu.

    “Saya punya niat nak bawa dia jalan-jalan selepas dah diumumkan dan jadi public (hubungan anak-beranak), saya nak bawa dia balik ke Terengganu. Ramai kawan-kawan saya yang mahu jumpa dia.

    “Tapi raya pertama saya akan hormati hak ibunya, biarkan dia beraya dengan ibunya dahulu di Kuala Lumpur, lepas itu mungkin bawa lari,” ujarnya.

    Halim berkata demikian dalam satu temu bual menerusi program MeleTop baru-baru ini.

    Sementara itu, ketika ditanya pengacara Uyaina Arshad mengapa baru sekarang mendedahkan rahsia itu, Halim berkata, apa yang berlaku mungkin sudah tertulis.

    “Myra seperti hadiah misteri dan akan terbongkar pada waktu yang sesuai. Bagi saya semuanya dah tertulis.

    “Semasa saya masih menjadi pengacara Roda Impian tahun 1996, Myra ketika itu baru umur setahun dan saya selalu terfikir nak bawa dia datang ke sini (studio 1), tak sangka akhirnya selepas 26 tahun dia jejakkan kaki di sini,” ujarnya.

    Untuk rekod, Myra merupakan anak Halim dengan bekas isterinya yang lahir pada tahun 1995 selepas setahun mendirikan rumah tangga di Thailand.

    Menerusi temu bual pada 15 April lalu, Myra bersyukur bapanya bersetuju untuk mendedahkan hubungan sebenar mereka selepas 27 tahun menyimpan rahsia. – Agensi

    Halim Othman berniat untuk membawa anak tunggalnya iaitu Myra Natasya balik beraya ke kampung halamannya di Terengganu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...