Halle pegang peranan Ariel

Ahli kumpulan Halle x Halle, Halle Bailey dipilih Walt Disney untuk memegang watak ikan duyung Ariel dalam pembikinan semula The Little Mermaid.

Pengarah bagi filem tersebut, Rob Marshall berkata, Halle memiliki keupayaan untuk melakonkan watak yang menjadi pujaan anak-anak kecil itu. Pemilihan Halle untuk memegang watak puteri duyung Ariel bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Ada segelintir ingin melihat pelakon kulit putih memegang watak tersebut tetapi tidak kurang yang bersetuju dengan kepelbagaian kaum yang cuba diketengahkan oleh Walt Disney. Peminat juga pernah menamakan penyanyi dan pelakon Zendaya serta Ariana Grande sebagai calon yang sesuai untuk watak ikonik itu.

Terdahulu, pelakon komedi Melissa McCarthy dikatakan sedang mempertimbangkan tawaran untuk memegang watak antagonis Ursula. Pelakon Jacob Tremblay dan Akwafina juga ditawarkan untuk meminjamkan suara bagi watak Flounder dan Scuttle.

The Little Mermaid dijangka memulakan panggambaran pada April 2020. Walt Disney begitu aktif membikin semula filem-filem animasinya. Antara filem-filem animasi difilemkan semula termasuklah Dumbo, Aladdin dan akan datang The Lion King serta Mulan. – Agensi

Pemilihan Halle untuk memegang watak puteri duyung Ariel bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat. – Agensi