Tuesday, October 4, 2022
22.9 C
Brunei

Halusi sistem inventori GHG kebangsaan mapan

-

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Seramai 50 pihak yang berkepentingan yang terdiri daripada pembuat keputusan dan pakar dari sektor kerajaan, bukan kerajaan serta institusi pengajian tinggi menyertai Bengkel Quality Assurance of the National Greenhouse Gas (GHG) Inventory Management System and National Greenhosue Gas Inventories of Brunei Darussalam yang berlangsung selama lima hari di Hotel Radisson, Bandar Seri Begawan pada 20 dan 22 Ogos hingga kelmarin.

Bengkel yang dihoskan oleh Sekretariat Perubahan Iklim Brunei (BCCS) dan dianjurkan oleh Sekretariat United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) itu dikendalikan bersama oleh pakar dan konsultan Sekretariat UNFCCC terdiri daripada Ketua Pasukan GHG Support Unit, Transparency Division, Sekretariat UNFCCC, Dominique Revet, Ana Pejovic, Sergey Shmarin dan Iordarnis Tzamtzis.

Ia bermatlamat untuk memeriksa keberkesanan sistem pengurusan inventori GHG Brunei Darussalam apabila melaksanakan Garis Panduan 2006 Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) bagi inventori GHG kebangsaan yang akan menjadi asas bagi pelaksanaan efektif Enhanced Transparency Framework (ETF) di bawah Perjanjian Paris.

Pada masa yang sama, ia juga dihasratkan untuk mengukuhkan keupayaan pasukan inventori GHG kebangsaan dan meletakkan asas bagi pembaikan inventori GHG masa hadapan, terutamanya menjelang penyerahan kebangsaan mandatori kepada UNFCCC menjelang 2024 iaitu Biennial Transparency Report (BTR) Negara Brunei Darussalam yang pertama.

Para peserta bengkel terdiri daripada pegawai-pegawai daripada BCCS, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Autoriti Petroleum (PA), Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Berakas Power Company (BPC), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Brunei LNG, Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM), Brunei Methanol Company (BMC), Hengyi Industries Bn, Brunei Gas Carriers (BGC), Brunei Fertiliser Industries (BFI), Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) serta Universiti Teknologi Brunei (UTB).

Antara yang menghadiri bengkel selama lima hari berkenaan. – Gambar serahan BCCS

Bengkel bermula dengan kata alu-aluan daripada Dominique Revet yang menyatakan bahawa bengkel QA itu menyediakan peluang yang unik untuk terus membina dan menghalusi sebuah sistem inventori GHG kebangsaan yang mampan yang merupakan satu-satunya cara negara akan dapat mengambil hak milik proses berkenaan serta berada dalam kedudukan untuk menyampaikan jumlah data berkualiti yang dipertingkatkan secara signifikan yang akan menjadi asas bagi ETF di bawah Perjanjian Paris.

Di samping itu, Sekretariat UNFCCC bersedia untuk membantu Negara Brunei Darussalam dalam persiapannya untuk menghasilkan BTR pertamanya.

Hadir semasa sesi berkenaan ialah Ketua BCCS, Ir Ahmad Zaiemaddien bin Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi, yang mengingatkan kesan dan ancaman perubahan iklim kepada kehidupan seharian kita.

Beliau juga mengetengahkan bahawa ketiadaan sebuah Centralised GHG Inventory Management System telah menyebabkan kehilangan atau salah letak data berhubung pelepasan GHG dahulu.

Oleh itu, terdapat peluang untuk memperbaiki sinergi dan kolaborasi dalam ekosistem berkenaan terutamanya menerusi bengkel berkenaan.

Hari terakhir bengkel berkenaan menyaksikan perbincangan yang berhasil antara pihak berkepentingan dan UNFCCC di mana kedua-dua pihak bertukar dialog mengenai garis panduan IPCC 2006.

Sesi itu merumuskan templat Quality Assurance yang disediakan oleh UNFCCC dan mengetengahkan cadangan kritikal bagi bidang-bidang yang boleh dipertingkatkan di peringkat kebangsaan.

Templat itu akan menjadi asas bagi National Inventory Improvement Plan (NIIP) bagi inventori GHG yang menyusul.

Ia juga dijangka akan membawa hasil positif kepada pengenalan sebuah GHG Reporting Directive mandatori dan garis panduan laporan GHG, selaras dengan Strategi 9: Inventori Karbon, yang digariskan dalam Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Brunei Darussalam (BNCCP), yang berhasrat untuk membangunkan sebuah direktif bagi semua kemudahan dan ejen yang mengeluarkan dan meresap GHG untuk melaporkan data gas rumah hijau mereka.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik keempat

SEOUL, 2 OKT – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik kelmarin, menjadikan keseluruhan empat pelancaran minggu ini oleh negara bersenjata nuklear itu. Ujian itu...
- Advertisment -