Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamas berkata perjanjian gencatan senjata Gaza ‘hampir’, tingkatkan harapan tebusan

    SEMENANJUNG GAZA, 21 NOV – Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh berkata hari ini perjanjian gencatan senjata dengan Israel sudah di depan mata, meningkatkan harapan bahawa berpuluh-puluh orang yang dijadikan tebusan dalam serangan 7 Oktober dapat dibebaskan.

    Tiada maklum balas segera daripada Israel mengenai status usaha rundingan untuk mendapatkan pembebasan anggaran 240 tebusan yang diculik semasa serangan pejuang Hamas.

    “Kami hampir mencapai perjanjian mengenai gencatan senjata,” kata Haniyeh, menurut kenyataan yang dihantar oleh pejabatnya kepada AFP.

    Menurut kerajaan Hamas, perang itu telah membunuh lebih 13,300 orang, beribu-ribu daripadanya kanak-kanak.

    Bercakap kepada AFP dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, sumber dari Hamas dan Jihad Islam, yang turut mengambil bahagian dalam serangan, mengesahkan bahawa kumpulan mereka telah bersetuju dengan syarat perjanjian gencatan senjata.

    Perjanjian tentatif itu termasuk gencatan senjata selama lima hari, yang terdiri daripada gencatan senjata di darat dan had kepada operasi udara Israel di selatan Gaza.

    Di bawah perjanjian itu, antara 50 dan 100 tebusan awam dan asing Israel akan dibebaskan, tetapi tiada anggota tentera.

    Sebagai pertukaran, kira-kira 300 rakyat Palestin akan dibebaskan dari penjara Israel, antaranya wanita dan kanak-kanak. – AFP

    Sebuah kereta kebal tentera Israel keluar dari halangan keselamatan mengelilingi wilayah Palestin pada hari ini, di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan pejuang Hamas. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda