Thursday, September 19, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamas mulakan proses rundingan pilih pengganti Haniyeh

    GAZA CITY, 4 Ogos – Hamas kelmarin mengumumkan bahawa kepimpinannya memulakan proses untuk memilih ketua biro politik yang baharu selepas pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran.

    “Susulan kematian pemimpin kami (Haniyeh), kepimpinan pergerakan memulakan proses rundingan dalam kalangan kepimpinan dan institusi penasihatnya bagi memilih ketua baharu untuk pergerakan ini,” Anadolu memetik kenyataan Hamas.

    Menurut kenyataan itu, pembunuhan Haniyeh akan hanya menjadikan Hamas dan penentangan Palestin lebih kuat dan lebih berazam untuk meneruskan tindakannya.

    Hamas berkata pihaknya akan mengumumkan hasil rundingan sebaik sahaja selesai.

    Haniyeh dibunuh pada awal Rabu selepas menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian.

    Pengawal peribadi Haniyeh turut terbunuh dalam kejadian itu. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda